20101021

customer service, may i help you?

tajuk selalu je takde kaitan kan..bila nak berubah ntah. ok entri ni supposedly kena taip semalam, i mean pagi tadi.baru la cantik tarikh dia.. 20102010.. kann..tapi terlambat pulak sampai seru nak typing.

oh lama sungguh biar blog ni bersawang. sampai tak tawu nak taip apa. taip pun lambat-lambat je..tak biasa la pakai laptop ni, selalu taip pakai Blackberry je. Pangg sedas! (Bak kata kak Di. wah sebut nama macam kawan-kawan je)

pagi tadi letih betul. kena bangun awal pegi kelas pagi lepas tu dah lambat takut bas penuh. nasib baik bas datang on time parking pulak betul-betul depan batang hidung. terus jadi the last person datang but the first person naik bas. lepas dah duduk baru terfikir, mesti orang lain maki hamun budak ni datang lambat, terkedek-kedek lintas jalan pakai boots murah lagi besar, boleh pulak naik bas dulu siap cop seat tinggi yang menjadi rebutan.hee.

pastu sejuk pulak pagi tadi. memang takde mood nak pegi kelas. nasib baik Mr dncnhntr masuk lambat sikit. sebab dia naik beskel.kiki. so sempat bergurau senda before the class started, so dapat ambik mood. Mr dncnhntr pulak comel joget joget depan kelas cakap next week baru belajar TBLT, minggu ni revise PPP. takde la worried sangat sebab tak sempat baca TBLT punya notes.haha. tapi kelas sangat tegang ye, sebab semua orang otak dah beku akibat perubahan cuaca yang mendadak.alasan. tak dapat nak fikir banyak interesting activities, oleh itu asyik ulang aktiviti yang sama je. macam mana nak jadi cikgu ntah. oh teringat pulak miss Dilla memaculkan kata-kata, jangan pandang rendah dekat cikgu sekolah rendah ye, bukan senang nak buat aktiviti yang menarik. oh sungguh ilmiah.

habis kelas pegi library cari pot baik punya nak discuss. baru tawu ada tempat best nak lepak kat library (eh malunya.senyap!) next time nak datang awal cop kerusi tinggi tu.dah aim. tapi perbincangan selama sejam tak berjaya sangat. terpaksa bersambung kemudian. habis tu pegy barclays tapi orang bank cakap tak boleh buat cash card. cash card untuk uk resident je.sedih. pegi pulak natwest, kena buat apointment dulu. so dah buat appointment pukul 2pm tapi taknak pegi. padan muka orang bank tu.haha. nak simpan duit dalam tabung je lah. balik rumah makan tuna mayo baguette, terus tidur tak ingat sampai dengar bunyi housemates balik. letih betul. err..sejak bila pandai tulis diari harian pulak ni?

rasa macam nak ponteng kelas je pagi ni. sebab petang tadi dah tidur lama, so sekarang tak boleh tidur. kalau tertidur mesti tak bangun awal untuk pegi kelas pukul 9. pastu terlepas bas. pastu masuk kelas lambat setengah jam. oh tak tak.. biar lambat asal selamat. memikirkan duit cukai rakyat yang menanggung perbelanjaan saya yang mahal, saya akan pergi kelas pagi ni dengan tidak lambat (semoga) beserta masih sempat breakfast bukan cereal atau makan roti sambil jalan menuju bustop. sebab apa? sebab saya tak nak tidur sampai pagi. sebab tu la saya memaksa diri menaip di sini supaya tak tidur. (padahal ada je reading lists dengan homework kena buat bagi siap) takpe takpe..pelan pelan. ada lima jam lagi. (what?? 5jam tak sempat ni!!)

ok kena stop sekarang!