ini betul-betul sedih..
20100216
20100214
`I won't cry bcuz it's over, but i smile bcuz it's happened..'
happy CNY to all my Chinese frenz...
20100208
sila baca supaya kamu seronok + bersyukur seperti saya (=
seronok + bersyukur sebab
1) tak payah nak risau pasal duit nak bayar rumah lagi. duit nak makan maseh boleh runding. setidak-tidaknya takde la dok membazir beli sandwich dengan jumbo muffin kat cafe tu. tapi sedap taw. takpe, puasa muffin buat sementara waktu.
2) masih ada kawan-kawan susah dan senang. yang ni penting, bila dorang dengar je keluar pekataan 'takde duit' dari mulut sape-sape, terus belumba-lumba jawab, 'takpe...duit kita cukup..kite makan same2..jangan risau' ayat tu reka je,tak ingat doh ayat yang exact. tapi tu la point nye..
3) masih ada keluarga yang sayangkan saya. setiap kali skype akan kedengaran, 'tak sabar tunggu bulan 7 kak jeng balek'.. wee~~ (yang ni wajib mention hari-hari ok)
4) laptop yang terkena serangan virus sebab excited sangat main sorority life sampai teraccess lawan web pelik-pelik..dah jadi elok atas bantuan seorang pakwe kepada teman saya.terima kasih!!
keseronokan bertambah bila
1) dapat parcel dari family di malaysia..macam la ada family kat negara lain..hehee!!~ love them much-much! sampai LP dah pukul 6, nasib baik reception bukak lagi..
2) kesilapan @ kebodohan teknikal jiran atas yang membasuh carpet sampai carpet jiran bawah (yakni saya) pon terbasuh sama, membawa kepada house keeping percuma liberty park! bilik saya kemas seperti baru. carpet juga di vacuum sampai seurat rambut pon tak dapat nak cari. (tak sia-sia la lama tak vacuum) beg juga tersusun rapi. agak-agak kalau tak kemas katil pagi tadi mungkin akan terkemas juga. tapi musykil kenapa toilet tak basuh sama...dah bagi betis nak paha!
tengok..panjang betol menaip hari ini.tu tandanya sangat bersyukur..terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan. kadang2 aku terlupa jugak, terkehel jugak bila masalah datang. terus je melalak tak tentu arah cari jalan keluar yang memang tak ada. tapi sebenarnya kalau mintak dengan Dia, mesti dapat punya. lambat atau cepat tu lain kira ok. yang penting mintak la kat Dia. aku dah cakap kan sebelum ni, aku ulang lagi, hidup kat negara orang ni akan ajar kita cara berdikari dan pastinya lebih dekat dengan Dia. korang pon cubalah!
tengok! tak habes-habes lagi.seronok betol aku harini. tapi kalau elaun dah masuk mesti lagi seronk.ngee~~
sebelum tu, pengajaran untuk hari ini, jangan judge orang dari luaran. kadang-kadang kita rasa orang tu macam tak baik, ada je benda tak kena. tapi mungkin tak selamanya die macam tu. manusia berubah kan. cumanya kite tak tawu perubahan tu betul ke lakonan ke. yang penting kite bagi die peluang.
"it's not that i don't trust people, but i don't know who i can trust."
tetibe cakap omputih. dah la cam tak kena je dengan topik perbualan. takpe la. kalau ada lagi kesyukuran yang terlupe nak mention kat sini.. nanti kite hapdet okk!
best wishes,
-Suze-
(nama omputih untuk Su)
20100206
realiti hidup
hari ini, aku just nak cakap yang hidup kat negara orang ni buat aku lebih berdikari, lebih tabah, lebih sabar dan mungkin lebih matang. even kadang-kadang aku menangis jugak bila rasa helpless sangat (macam sekarang ni..) tapi mama aku pesan, aku kena kuat! aku still ada family..ada kawan2.. aku mungkin miskin harta.. tapi aku masih ada orang yang sayang pada aku. dan paling penting, aku ada DIA. hidup dekat sini buat aku lebih dekat dengan DIA. bukan bermaksud bila susah baru nak cari DIA, tapi hanya DIA yang sentiasa ada tak kira waktu.
kepada korang semua..ingat ok..kita ada DIA
(◕‿◕✿)
20100203
6 - 10
6) saya tak suka berdendam. bila saya dah cool, dah tak kesah lagi dekat orang yang penah buat jahat dekat saya, tapi mereka buat perangai lagi. mereka belom berubah rupanya. mungkin saya perlu jadi pendendam dan revenge. ish! tak baek kan.. (takpe. aku tanak datang kenduri kawen kau)
7) tak suka makan kuih muih except karipap, kuih gulung kaler hijau and donat. kuih raya lagi la tak suka. makan gitu2 je.. sebab tu kat rumah bila raya kuih banyak lebih sampai mama saya kena bawak pegy ofiz..
8) macam tak berapa nak suka jadi cekgu seumur hidup. oleh itu bercadang nak buka kedai gunting rambut ke, kedai cat kuku ke.. spa ke.. (wakaka)
9) saya besekolah di sebuah sekolah arab berasrama penuh di negeri perak. di sekolah, saya belajar bahasa arab tinggi, quran sunnah dan syariah. ilmu saya banyak (orang gila takkan mengaku dia gila) tapi tak penah nak praktik. mungkin sebab dulu rebel gila2 tanak dok asrama tapi kena paksa jugak. pastu balek rumah selalu sangat sampai tak sempat nak praktik kan ilmu yang belajar kat sekolah..ish3..
10) saya tak ramah dengan semua orang. bukan pilih bulu tapi dah dilahirkan sebegitu rupa..nak buat cemana...
20100201
mari sebar kan... 1 - 5
- saya sayang family saya nombor satu walaupon saya salu je memberontak kat rumah.
- saya paling tak pandai nak hidup sorang2. saya tak suka hidup sorang2. sebab nanti saya tak tahu nak buat apa. tapi kalau dah terpaksa, saya akan fikir balik, 'boleh rupanya'..
- saya benci orang yang tak sedar diri, rasa diri bagus sangat pastu kutuk orang lain. mungkin diorang fikir, 'aku kutuk die, ape ade..aku pon same je..' (eh,bunyi macam sedar diri je..) takpelah..next..
- saya selalu terluka.luka fizikal ok..yang dapat dilihat dengan mata kasar. tapi kadang2 tak nampak sebab tersorok disebalik pakaian.hihi
- hari ini tak seronok sangat )'=
Subscribe to:
Posts (Atom)