20100208

sila baca supaya kamu seronok + bersyukur seperti saya (=


hari ini rasa sangat seronok! walaupun bosan sikit la kelas harini.kikiki. haa..ade lagi satu walaupun. walaupun duit secara rasminya dah tak ada, dek kerana dah bayar deposit rumah. duit yang ada cuma cukup untuk beli bekalan beras untuk rumah sampai hujung bulan ni. tapi......

seronok + bersyukur sebab

1) tak payah nak risau pasal duit nak bayar rumah lagi. duit nak makan maseh boleh runding. setidak-tidaknya takde la dok membazir beli sandwich dengan jumbo muffin kat cafe tu. tapi sedap taw. takpe, puasa muffin buat sementara waktu.

2) masih ada kawan-kawan susah dan senang. yang ni penting, bila dorang dengar je keluar pekataan 'takde duit' dari mulut sape-sape, terus belumba-lumba jawab, 'takpe...duit kita cukup..kite makan same2..jangan risau' ayat tu reka je,tak ingat doh ayat yang exact. tapi tu la point nye..

3) masih ada keluarga yang sayangkan saya. setiap kali skype akan kedengaran, 'tak sabar tunggu bulan 7 kak jeng balek'.. wee~~ (yang ni wajib mention hari-hari ok)

4) laptop yang terkena serangan virus sebab excited sangat main sorority life sampai teraccess lawan web pelik-pelik..dah jadi elok atas bantuan seorang pakwe kepada teman saya.terima kasih!!

keseronokan bertambah bila

1) dapat parcel dari family di malaysia..macam la ada family kat negara lain..hehee!!~ love them much-much! sampai LP dah pukul 6, nasib baik reception bukak lagi..

2) kesilapan @ kebodohan teknikal jiran atas yang membasuh carpet sampai carpet jiran bawah (yakni saya) pon terbasuh sama, membawa kepada house keeping percuma liberty park! bilik saya kemas seperti baru. carpet juga di vacuum sampai seurat rambut pon tak dapat nak cari. (tak sia-sia la lama tak vacuum) beg juga tersusun rapi. agak-agak kalau tak kemas katil pagi tadi mungkin akan terkemas juga. tapi musykil kenapa toilet tak basuh sama...dah bagi betis nak paha!

tengok..panjang betol menaip hari ini.tu tandanya sangat bersyukur..terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan. kadang2 aku terlupa jugak, terkehel jugak bila masalah datang. terus je melalak tak tentu arah cari jalan keluar yang memang tak ada. tapi sebenarnya kalau mintak dengan Dia, mesti dapat punya. lambat atau cepat tu lain kira ok. yang penting mintak la kat Dia. aku dah cakap kan sebelum ni, aku ulang lagi, hidup kat negara orang ni akan ajar kita cara berdikari dan pastinya lebih dekat dengan Dia. korang pon cubalah!

tengok! tak habes-habes lagi.seronok betol aku harini. tapi kalau elaun dah masuk mesti lagi seronk.ngee~~

sebelum tu, pengajaran untuk hari ini, jangan judge orang dari luaran. kadang-kadang kita rasa orang tu macam tak baik, ada je benda tak kena. tapi mungkin tak selamanya die macam tu. manusia berubah kan. cumanya kite tak tawu perubahan tu betul ke lakonan ke. yang penting kite bagi die peluang.

"it's not that i don't trust people, but i don't know who i can trust."

tetibe cakap omputih. dah la cam tak kena je dengan topik perbualan. takpe la. kalau ada lagi kesyukuran yang terlupe nak mention kat sini.. nanti kite hapdet okk!

best wishes,

-Suze-
(nama omputih untuk Su)

4 comments:

DoDu@HaHA said...

kenapa dengan karpet tu???

..... said...

refer kt deborah ke...

fadhillahbakren said...

i like the quote.very inspiring.utk self-reflect dan juga persekitaran.heheh

'kwn saye punye pakwe'-ni kene bagi royalty 10% ni..gagaga~

teruskan menulis.aku dibelakangmu!

the Suze said...

haha: basah la karpet tu...dah kena basuh dgn org atas

hannah: tade kena mengena ngan sapa2.hoho

dila: nanti i belanja blue rooster..kokokokooooo~~ (bunyi ayam)