20100522

s-a-b II

ada orang cakap,

'tak suka la baca blog yang asyik cerita pasal perasaan, pasal apa yang kau buat dalam sehari2..baik tulis diari je...'

betul ke baik tulis diari je? kalau tulis diari, kite sorang je yang baca kan? so takde beza pon dengan tak tulis. sebab takde sape2 baca pon. aku penah try tulis diari, tapi lepas tulis aku koyak. buang. buat penat tulis je kan. buang dakwat pen lagi.

so lebih baik aku menaip je. kat blog. so sapa2 tak suka baca apa aku tulis, dipersilakan tutup tingkap ini sekarang. ye, maksud saya sekarang. ni kenapa baca lagi ni? oh! anda tak kisah baca saya tulis pasal perasaan saya? bagus2. bacalah lagi, sebab saya tak tulis (taip) pasal kisah cinta ke ape ke yang bunga2. saya tak suka. kalau kisah cinta hebat macam cinta para nabi. mungkin patut cerita untuk tatapan umum. saya pon tak suka baca blog yang berbunga-bunga cinta je. kalau saya yang tulis macam tu, mesti anda semua tak masuk blog saya dah. eh..kenapa tadi cakap aku sekarang cakap saya..huhu..

bila aku sedih, aku cerita kat kawan aku yang kat Malaysia tu. tapi sekarang dia dah ada girlfren budak kecik (ala yg aku post pasal die kemarin tu. aku nak kutuk gf dia boleh? gf dia budak skolah.cit!) so sekarang aku tak cerita kat dia dah pape pon. nak cerita kat orang lain aku malu. so bila sedih, aku ingat dua je. aku ingat Allah tawu dan ada dengan aku. lepas tu aku ingat aku ada family kat Malaysia yang tengah tunggu aku balik. so aku tak jadi nak sedih.

tapi harini, aku sedih lagi sebab orang2 dekat rumah tak nak skype lama2 dengan aku. alasan, letih. aku tak boleh terima alasan itu. aku tak nak balik Msia. aku nak jual tiket aku. ada sapa-sapa nak beli?


p/s: tapi orang kata tiket flight tak boleh jual. sebab ada tulis nama.huhu.

s-a-b

ada tak satu mesin yang bila kita masuk dalam dia, kita boleh jadi gembira? lepas tu kita lupa terus dekat benda2 yang kita tak nak ingat dah. kalau ada, aku nak satu.


20100520

esok jumaat semalam rabu


life as usual..boring..confusing...

em...minggu ni macam biasa2 je, sedar tak sedar esok dah Friday.. tapi semalam sedih kuasa dua. satu sebab terpaksa melepaskan BB itu selepas satu malam bersama dengannya..huhu.. walaupun hanya satu malam, BB berjaya membuatkan saya tidur lena. tapi takpe la, BB dah dapat tuan baru. semoga BB dapat berbakti kepada tuan barunya.

sedih kedua, besfren saya dah ada girlfren. macam mana nak lepak2 dengan dia lagi lepas ni? sapa nak ajar saya naik moto lagi? sapa nak dengar saya membebel lagi lepas ni? wuwuwu~~~ bencilah macam ni. nanti girlfren dia mesti tak bagi dia kawan dengan saya lagi. dia janji nak tunggu saya balik, nak masak kan carkuetiaw. (ok.tak reti eja) dia kata kalau saya tak jumpa dia, dia sedih. tapi lepas ni mesti dia dah lupa apa yang dia cakap tu. tak pon maybe dia akan buat2 lupa je sebab nak jaga hati girlfren dia kan..

tapi harini seronok sikit sebab kenyang dapat makan sushi banyak2. tapi still (spulo minit fikir betul ke wujud pekataan 'still' ni. macam pelik je ejaan) ok sambung, tapi still tak berjaya mencapai doploh pinggan. mungkin patot cuba lagi di lain masa..huhuhu~~

esok nak pergi kelas dengan harapan, boleh cepat2 masa berlalu pastu boleh balik rumah.YAY! eh! alaa...ade exam pulak..potong!



20100517

44 days to go


today is my not-so-lucky day

i'm tired but i couldn't sleep

bosan lah! malas nak taip lagi. sekian.

20100514

kenapa people blogging?


If you ask me, I will tell you to ask yourself lah. suka hati kau lah nak tulis apa, kau punya blog kan.hehe.. so taip lah apa yang anda suka. what if ada orang tak suka baca blog kita? Um...kita tak suruh dia baca pon kan? :)


20100513

the tiresome of universal condition of human existence


lately I feel like my life is miserable! I don't know what I've been doing and suddenly it's already 12 in the midnight! (fuh! 3 exclamation marks in a row) Spring means that the day light is slightly longer isn't it? at least compared to winter... but mine becomes shorter.. Sometimes I feel like I don't have to tidy up my bed, because night will come as it should and I will be sleeping again.. And before I could adore how wonderful my dream was, the sun fulfill it's promise to wake me up. Can I just sleep like Princess Aurora?(huhu...too much of dreaming) My world is slowly caving in. But I'm going to hang on because that is all I know. I want to be in Neverland...I want those eternal childhood..leaving all things behind. Could you save me and take me there?



~48days~


20100505

hate this feeling.


supposed spring,
to be a jolly season
but it brings more sorrow than ever
i don't need those beautiful flowers
go spring, come summer
so that I can be home...





~57days~