20100524

benci la macam ni


tadi plan asal nak pegy Leamington.. sebab semalam nampak Internacionale ade sale 75%. Ye..betul..anda tak salah baca. die tampal kat tingkap kaca tu. jeweleries plak satu pound je. tapi tak sempat nak masuk semalam sebab kedai dah tutup. so plan nak pegy la lepas kelas Oracy tadi.

unfortunately, (acewahh) dapat pulak markah esaimen dulu. disebabkan dapat markah rendah sikit dari orang lain, terasa seperti sedikit hilang mood nak bershopping. oleh itu tak jadi la pegy leamington. ingat nak balik rumah terus je. sekali terpedaya (ke teperdaya?) pulak dengan sha and iqah sebab dorang nak pegy beli frappuccino ngan milkshake. fikir-fikir balik, sedap giler kot dapat cold drink tengah-tengah panas terik ni. so ikut la dorang pegy jalan-jalan. sekali kau...ha!! lapanblas helai baju aku borong!! eh..tak..tak..tipu je.. dapat la dress dualai, shrugs selai, sipar sepasang..ape lagi eh.. leggings lak dualai..ala, kedai tu yang jual sekali dua, terpaksa beli dua sekali..membazir betul. tapi nak wat cane, terlajak perahu dah..lumayan jugak la pendapatan kedai-kedai terpilih tersebut. untung dorang harini sebab ada customer cam aku. yang kopaknya aku la..

nasib baik lepas ni dah takde kelas sangat. so tak payah keluar rumah. oleh itu boleh la berjimat-cermat.hehehe.. JANJI tak nak beli pape lagi dah. nak simpan duit bawak balik joli kat Malaysia pulak.hoho. eh, takpe la, membantu meningkatkan ekonomi negara sendiri jugak. bukan negara orang lain..

selepas ini, nak tidur sekejap. (mungkin lama) tapi lepas tu nak bangun dan buat oracy dengan bersungguh-sungguh supaya tak dapat markah rendah lagi. bila dapat markah tinggi, takde la bersedih dan memujuk hati dengan cara membeli-belah.haha.alasan! oke, JANJI nak buat oracy malam ni.chiow~~

p/s: dress comel bunga-bunga. suka2!!(●*∩_∩*●)


3 comments:

nooratikah said...

jeles2... die shoppimm dpt baju byk.. kite shoppimm dpt selai jek...=p

the Suze said...

ikaa..contoh tak baik jangan ikut..huhu

nooratikah said...

nak shoppimm gak nnt...huhu